Tuesday, August 4, 2015

Noxxa: Ayam Beriyani

Ayam Beriyani

Bahan-bahan kisar :-
  • 2 biji bawang besar Holland saiz sederhana
  • 5 biji bawang merah
  • 9 biji bawang putih
  • 3 cm halia
  • 7 biji cili api (i suka ada rasa pedas sikit, taknak letak pun takpe)
  • 1/4 cawan rempah briyani (dalam 3 sudu besar. i guna rempah briyani Faiza)
  • 2 kilo ayam, dipotong saiz sedang-sedang
  • 1 biji bawang besar Holland, dimayang
  • Sedikit rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, cengkih dll)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • Kentang dan tomato dipotong (kalau suka)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam sebagai perisa
Cara-cara :-
1) Ayam digaul dahulu dengan bahan kisar dan rempah briyani dalam 10 minit (atau boleh perap in advance sebelum pergi kerja, balik kerja boleh terus masak).
2) Setkan Noxxa pc pada "stir-fry" mode. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan rempah ratus sehingga naik bau.
3) Masukkan ayam yang telah diperap dan tumis sehingga sekata dalam lebih kurang 3 minit.
4) Masukkan air, susu cair dan garam. Offkan periuk.
5) Setkan pada "High Pressure" mode selama 15 minit dan pusing tombol ke arah Pressure. Tekan On. Selepas 15 minit, putar tombol ke arah Steam dan lepaskan wap sehingga terdengar bunyi klik. Barulah dibuka tudung periuk. Kalau taknak letak kentang dan tomato skip langkah 6.
6) Masukkan kentang yang telah dipotong, tomato dan bawang besar dihiris kasar. Tutup tudung periuk dan setkan sekali lagi pada "High Pressure" mode selama 5 minit. Selepas 5 minit lepaskan wap seperti biasa.
7) Sekiranya anda inginkan kuah yang lebih pekat, tekan "Stir-Fry" mode untuk memekatkan kuah.
 
Sumber: Lenny Marlynna
 

No comments:

Post a Comment